fbpx

Belanja RM200 untuk barang sekolah seorang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa memilih pakaian sekolah untuk anak-anak di sekitar Kuala Lumpur semalam. – SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – Pusat pakai­an baju sekolah mulai sesak dengan ibu bapa yang membeli kelengkapan sekolah anak-anak sejak hujung minggu lalu.

Perkara itu susulan ramai ibu bapa yang telah menerima gaji sejak Jumaat lalu dan mula membeli pakaian sekolah anak-anak bagi elak membeli saat akhir sesi persekolahan pada 20 Mac ini.

Tinjauan Kosmo! di kedai dan pusat pakaian sekitar kawasan Kuala Lumpur mendapati ibu bapa sibuk membeli baju, kasut dan beg sekolah untuk anak-anak masing-masing.

Seorang ibu yang merupakan kerani di sektor swasta, Mimi Sharina, 38, berkata, dia me­nganggarkan perbelanjaan untuk pakaian seragam lima orang anaknya adalah sebanyak RM200 bagi setiap seorang.

“Saya anggarkan RM200 bagi seorang anak saya dan itu ha­nyalah untuk kelengkapan pakaian sahaja tidak termasuk alat tulis dan sebagainya. Untuk sesi kali ini, perbelanjaan berkura­ngan sedikit disebabkan anak-anak saya semua lelaki, adik-adik boleh pakai baju abangnya yang sebelum ini.

“Seorang anak saya tahun ini telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Jadi, terpaksalah membeli baju-baju baharu untuk dia yang akan memasuki darjah 2 bulan Mac ini.

“Anak-anak saya menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang. Duit yang diberi saya simpan dahulu sebagai persediaan untuk yuran-yuran mereka,” jelasnya ketika ditemui semalam.

Seorang murid mencuba pakaian sekolah sebagai persiapan pembukaan sesi persekolahan berbaki dua minggu lagi.

Bagi Sarina Fadzil, 37, ibu kepada empat orang anak itu berkata, perbelanjaan persekolahan kali ini meningkat kerana perlu membeli pakaian baharu.

“Anak-anak saya tiga orang bersekolah. Hari ini saya hanya beli separuh sahaja daripada barangan mereka iaitu baju sekolah, baju Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), seluar, tudung dan lain-lain.

“Anak lelaki saya terpaksa beli baju baharu sebab budak lelaki cepat membesar, manakala anak perempuan saya dilantik sebagai pengawas. Justeru itu, semakin banyak wang yang dibelanjakan membeli kelengkapan mereka

“Barangan ini sahaja sudah cecah RM300 sehingga RM400, itu masih belum lengkap lagi. Bagi tahun lepas pun perbelanjaan secara kasar hampir RM200 untuk mereka dan saya rasa untuk sesi kali ini lebih kurang sahaja,” katanya.

Bagi, Zila Anuar, 37, pula berkata, perbelanjaan untuk dua orang anaknya bagi sesi persekolahan kali ini semakin meningkat berbanding tahun lepas.

“Saya anggarkan dua orang anak saya yang bersekolah di sekolah agama dan kebangsaan, seorang akan berhabis sebanyak RM400 seorang susulan harga baju sekolah yang semakin mahal mengikut saiz.

“Kalau dulu pakai saiz kecil harganya murah sikit, sekarang anak dah besar harga baju pun turut mahal,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI