fbpx

Novartis Malaysia dianugerahkan Majikan Terbaik 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Elwakil (kiri) bersama Ketua Negara, Manusia dan Organisasi Novartis Malaysia, Anne Heng dan Ketua NOCC KL, Elsie Chang (kanan) bergambar bersama anugerah Top Employer-Certified Excellence in Employee Conditions yang dimenangi.

PETALING JAYA – Novartis Malaysia memenangi anugerah Top Employer-Certified Excellence in Employee Conditions untuk tahun keempat berturut-turut pada 2023, menjadikannya salah satu majikan terbaik di dunia.

Novartis Malaysia adalah antara 15 syarikat yang menerima pengiktirafan berkenaan di Malaysia dan juga di peringkat Asia Pasifik, mengesahkan komitmen syarikat untuk memperjuangkan budaya kerja ‘Inspired, Curious, dan Unbossed’ yang membolehkan kakitangan melaksanakan kerja pada tahap optimum secara konsisten setiap hari.

Presiden Negara, Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, adalah satu penghormatan untuk diiktiraf sebagai majikan terkemuka di Malaysia dan Asia Pasifik bukan sekali, tetapi empat tahun berturut-turut.

“Ini mengesahkan kehadiran kami sebagai sebuah syarikat ubat-ubatan inovatif yang terkemuka dalam membantu memanjangkan dan menambah baik kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

“Keupayaan untuk menarik, memahirkan dan mengekalkan kakitangan yang berbakat adalah salah satu objektif utama Novartis Malaysia sebagai majikan.

“Ia merupakan ramuan penting dalam menyokong pelaksanaan strategi kami dan perkembangan  produk inovatif bagi  membantu rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan lebih 800 kakitangan, Novartis Malaysia mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada Innovative Medicine (Pharma dan Oncology), Sandoz (Biosimiliars) dan Novartis Corporate Center (NOCC KL), yang merupakan salah satu daripada enam pusat perkhidmatan korporat globalnya.

NOCC KL yang dilancarkan pada 2016 telah mengembangkan operasinya kepada 25 pasaran termasuk ibu pejabat Novartis di Basel, Switzerland melalui penyelesaian kerja berdaya digital, data dan bertaraf tinggi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI