fbpx

Ibu keluar beli barang, budak tiga tahun lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian mangsa yang dilakukan oleh pasukan APM bersama-sama polis dan penduduk kampung, sebelum mayatnya dijumpai pukul 6.15 petang tadi.

MATU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Rumah Raya, Sungai Ilas, Batang Igan di sini semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 6.15 petang tadi, kira-kira 100 meter dari rumahnya yang terletak di tebing sungai.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang ditinggalkan di ruang tamu rumah disedari hilang pukul 4.30 petang semalam selepas ibunya pulang dari membeli sayur di kedai berdekatan.

Budak lelaki itu dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai kerana pintu bahagian dapur rumah terbuka dan rumah mereka berada di tebing sungai Batang Igan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI