fbpx

Wanita meninggal dunia ketika kahwin diganti dengan adik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain. - Getty Images

NEW DELHI – Seorang wanita di India terpaksa menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba, lapor laman berita Daily Star semalam.

Pada awalnya, kakak wanita itu, Hetal, dalam proses untuk melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Vishal di sebuah kuil di Bhavnagar. 

Namun, kakaknya itu mengadu berasa pening sebelum pengsan, yang menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan ketika majlis perkahwinannya masih berlangsung, Ahad lalu.

Doktor kemudian mengesahkan bahawa Hetal meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal, Jinabhai Rathore membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain.

Menurut laman berita tempatan Hindi Latest, jasad Hetal disimpan di dalam peti di bilik mayat di hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya selesai dilakukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI