fbpx

Tiket Imaginur percuma ‘sold out’ tidak sampai sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul belanja 50 keping tiket wayang Imaginur buat pengikutnya di laman Twitter.

PETALING JAYA – Tawaran tiket wayang ‘Imaginur’ percuma daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendapat sambutan hangat daripada pengikut di laman Twitter rasminya.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi Twitternya berkata, dia ingin belanja sebanyak 50 keping tiket wayang percuma kepada pengikutnya.

“Saya mahu belanja tengok wayang Imaginur pada hari Rabu (esok), pukul 9.15 malam, berdekatan kawasan Lembah Klang.

“Jom semua, kalau nak sertai mesej terus saya ‘Saya nak tengok Imaginur!’. Siapa cepat dia dapat, saya belanja 50 orang tiket percuma.

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang satu jam membuat hantaran itu, tawaran 50 tiket percuma berkenaan sudah direbut pengikutnya.

“Slot telah penuh! Hanya mereka yang berjaya akan dihubungi beserta dengan maklumat program.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI