fbpx

Pembinaan Terminal Pelabuhan Darat Perlis ikut jadual ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnol (duduk, enam dari kanan) bergambar bersama penerima APC di Kompleks SUK Perlis di Kangar pada semalam.

KANGAR – Projek pembangunan Terminal Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bagi fasa pertama yang dijadualkan siap pada tahun 2025 atau 2026 berjalan mengikut perancangan ditetapkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, projek itu tidak berdepan sebarang masalah walaupun ia tidak disebut dalam pembentangan Bajet 2023, baru-baru ini.

“Bagi pelaksanaan projek PIP, kompenan-kompenan pembangunan melibatkan ‘bonded road’ dan jajaran kereta api (spur line) telah dimulakan oleh pihak kontraktor yang dilantik.

“Pembangunan projek PIP tidak mempunyai masalah dan berjalan lancar dengan menggunakan peruntukan dan pembiayaan kerajaan Persekutuan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks SUK Perlis di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai pembangunan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA), Hasnol Zam Zam berkata, kerja-kerja infrastruktur dilaporkan hampir selesai dengan beberapa pelabur menyatakan minat untuk membeli serta menyewa lot-lot disediakan.

“Kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) juga sedang mengadakan rundingan memperhalusi isu-isu teknikal dan berkaitan kewangan bersama pelabur berminat.

“Daripada segi peruntukan pembangunan, ia juga tidak mempunyai masalah memandangkan sebahagian menggunakan peruntukan kerajaan negeri dan sebahagian lagi daripada kerajaan Persekutuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI