fbpx

Pemandu lori mati dipukul kejam kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang lelaki tempatan maut selepas dipukul dengan kejam oleh lima individu hanya kerana dendam dan cemburu di sebuah kondominium Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik perempuan mangsa berusia 26 tahun pada pukul 5.29 petang, semalam.

Katanya, pada pukul 7.15 pagi, adik mangsa menerima panggilan daripada rakannya bahawa suspek utama bersama empat rakannya yang lain telah membawa abangnya (si mati) keluar dari rumah tersebut.

“Difahamkan teman wanita mangsa mengatakan mangsa telah dipukul oleh kesemua suspek ketika berada di dalam kondominium disewa mangsa.

“Suspek kemudian telah membawa mangsa keluar dari rumah sewa tersebut dan pergi ke lokasi yang tidak diketahui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Anbalagan, suspek utama telah menghubungi rakan adik mangsa dan memberitahu mangsa berada di wad kecemasan Hospital Cyberjaya pada pukul 11.30 pagi.

Sejurus mendapat berita tersebut, adik mangsa bergegas ke Hospital Cyberjaya dan di maklumkan oleh pihak Hospital Cyberjaya bahawa abangnya yang berusia 31 tahun telah mati akibat kecederaan yang teruk.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak dan lebam di kedua-dua belah mata, luka di hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga. Punca kecederaan adalah disebabkan Blunt Force Trauma.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana perasaan dendam dan cemburu suspek utama terhadap mangsa,” katanya.

Jelas Annalangan, siasatan masih diteruskan dengan mengesan lima suspek yang sudah dikenal pasti dan masih bebas.

Katanya, pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI