fbpx

Serie A: Sensasi Victor Osimhen makin menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN meledak satu gol ketika Napoli menewaskan Empoli pada aksi Serie A awal pagi semalam. – AFP

NAPOLI – Penggempur sensasi Napoli, Victor Osimhen terus menghadirkan prestasi hebat dan memainkan peranan besar buat pasukannya untuk cuba menamatkan penantian 33 tahun bergelar juara Serie A.

Awal pagi semalam, pe­nyerang dari Nigeria itu meledak gol dalam lapan perlawanan berturut-turut untuk membantu Napoli mengatasi Empoli 2-0 sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Serie A dengan 65 mata.

Pada perlawanan kali ini, pemain Empoli, Ardian Ismaj­li menjaringkan gol sendiri sebelum Osimhen melengkapkan gol kedua buat Gli Azzurri.

“Kami sentiasa ingat kekalahan yang dialami tahun lalu dan sudah pasti kami beri sepenuh perhatian untuk menebus kekecewaan itu. Sudah pasti saya gembira kerana jurulatih sentiasa yakin dengan kualiti saya.

“Namun, kredit juga wajar diberikan kepada rakan sepasukan lain kerana kami adalah sebuah pasukan yang sentiasa mahu membuktikan kami mampu kekal kompetitif,” katanya.

Prestasi semasa menyaksikan Osimhen menghampiri pencapaian Cristiano Ronaldo yang pernah menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut ketika mewakili Juventus pada musim 2019/20.

Paling menarik, kejayaan kali ini adalah kemenangan kelima Napoli tanpa melepaskan sebarang gol membabitkan empat aksi liga dan satu perlawanan di Liga Juara-Juara dengan menewaskan Eintracht Frankfurt.

“Pemain kekal dengan kemahuan tinggi dan mereka berhak mendapat pujian. Apabila sudah berada pada tahap ini, ia bermakna skuad sekarang sudah menterjemahkan perkara yang baik dalam setiap perlawanan,” kata pengendali Napoli, Luciano Spalletti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI