fbpx

Lepas ni pegang tak kena marah – Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM dan Fuad selamat melangsungkan perkahwinan di Batam Indonesia semalam.

PETALING JAYA – Alhamdulillah, dah sah, lepas ni pegang-pegang dah tak kena marah,”

Demikian perkongsian penyanyi, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dalam nada gurauan menerusi Insta Story selepas selamat bergelar isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

Pasangan yang menjalin semula hubungan cinta selepas menyertai program Gegar Vaganza musim sembilan (GV9) itu melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia, semalam.

Menerusi hantaran lain Tom turut berkongsi gambar sebelum majlis pernikahan bermula hingga acara selesai termasuk mengabadikan kenangan dengan keluarga.

Begitupun, ibu penyanyi tersebut tidak dapat bersama mereka untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Namun, kedua-dua anak beranak itu saling berkongsi perasaan gembira dan syukur menerusi panggilan video.

“Emak saya tak dapat datang, dia sibuk. Jadi (buat) panggilan video saja. Tak mengapa, janji restu ibu itu penting. Saya sayang emak,” tulisnya.

Mengayakan persalinan serba putih sedondon dengan pengantin lelaki, Tom meluahkan kesyukuran dengan kelancaran acara yang dinantikan itu.

Suaminya turut berkongsi kegembiraan apabila hasrat mengambil Tom sebagai suri yang sah akhirnya terlaksana.

“Saya rasa gembira sebab dah halal,” katanya yang memuatnaik hantaran berkenaan hari bersejarah mereka di laman sosial.

Masing-masing juga menghargai ucapan maya daripada rakan dan saudara mara terdekat dengan mengulang siar perkongsian tersebut.

Masing-masing menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka hingga ke anak cucu.

Semalam pengurus Tom, Alan Ahmad mengesahkan, mereka memilih bernikah di negara jiran yang hanya dihadiri keluarga terdekat bagi memudahkan urusan.

Pasangan berkenaan juga dikatakan akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam, manakala majlis resepsi diadakan selepas Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, Fuad, 43, difahamkan pernah berkahwin sebanyak dua kali, manakala ini perkahwinan ketiga buat Tom.

Masing-masing juga mempunyai anak-anak yang sudah mencecah usia belasan tahun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI