fbpx
Nga Kor Ming.

Dewan Rakyat: Penggubalan Akta Kredit Pengguna ambil kira patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menggubal Akta Kredit Pengguna yang turut mengambil kira pembiayaan patuh syariah oleh industri bukan perbankan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, perkara lain turut diambil kira dalam penggubalan tersebut ialah berkaitan pajak gadai Islam.

“KPKT sedang menggubal Akta Kredit Pengguna yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti yang akan mengambil kira peruntukan pembiayaan patuh syariah dan pajak gadai Islam oleh industri bukan perbankan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) berhubung pembiayaan patuh syariah ditawarkan oleh syarikat kredit komuniti.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, sehingga Januari lalu, sebanyak 4,817 pemegang lesen syarikat kredit komuniti yang aktif di seluruh negara dengan kira-kira 60 peratus daripadanya adalah golongan Bumiputera.

“Bagi memastikan perlindungan kepada pengguna, mana-mana syarikat yang didapati melanggar kadar faedah yang dibenarkan boleh diambil tindakan oleh kementerian melalui Subseksyen 17A (4) iaitu dikenakan denda tida melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya.

“Tambahan pula, Akta 400 telah menyatakan bahawa syarikat kredit komuniti adalah dilarang untuk mengenakan faedah kompaun ke atas peminjam atas mana-mana keingkaran pembayaran melalui Subseksyen 17, Akta 400,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI