fbpx
Suasana di sekitar pesisir pantai Batu Feringghi semalam yang penuh dengan pengunjung tempatan sempena musim cuti persekolahan akhir tahun sesi 2022/2023 semalam. Foto oleh IQBAL HAMDA

‘Cuti dah bermula, kami belum dapat tempahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Musim cuti persekolahan akhir tahun sudah memasuki minggu kedua, namun bahang kemeriahan percutian masih belum dirasai oleh keba­nyakan pengusaha inap desa di negeri ini.

Pemilik Homestay Rumah Ali Kayu, Md. Nasri Ali berkata, tempahan bagi penginapan di inap desa miliknya yang terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini sangat perlahan berbanding waktu cuti persekolahan pada Disember tahun lalu.

“Memang agak perlahan (tempahan) di mana setakat ini saya masih belum menerima sebarang tempahan sejak awal cuti sekolah.

“Mungkin pengunjung lebih memilih hari cuti yang bersambung iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. Waktu itu memang akan ‘fully booked’ seperti cuti perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, berbeza de­ngan pengusaha D’Laila dekat Penanti, Kubang Semang, Norlaila Idon yang mengakui tempahan penginapan di inap desa yang diusahakannya sejak empat tahun lalu itu sentiasa mendapat sambutan termasuklah pada hari biasa.

“Boleh dikatakan setiap ­ming­gu­ memang penuh. Sebab ada dalam kalangan pelanggan yang datang atas tiket tugasan di luar kawasan dan kebanyakan mereka menginap pada hari biasa.

“Jika hari minggu memang sentiasa penuh dengan tempahan memandangkan ramai pe­langgan yang tinggal di luar kawasan datang untuk meraikan majlis perkahwinan sanak-­saudara,” ujarnya.

Seorang kakitangan swasta,­ Romzi Ahmad, 45, berkata, mereka sekeluarga terpaksa menangguhkan hasrat untuk bercuti memandangkan perlu memfokuskan perbelanjaan bagi persiapan persekolahan anak dan sambutan Ramadan.

“Memang kena berjimat ke­rana sesi persekolahan baharu akan dibuka 20 Mac ini dan ketika itu kami belum bergaji dan apatah lagi kurang beberapa hari selepas itu kita menyambut Ramadan.

“Cukuplah setakat pergi bercuti di Melaka selama tiga hari pada Disember lalu. Kali ini, memang kena buat pengurusan kewangan yang bijak, jika silap langkah memang berdepan bebanan yang teruk nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN