fbpx

Ajal bekas tentera kereta rempuh pokok sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Nissan Almera dinaiki Wan Nawang yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 157, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Plaza Tol Cheneh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang bekas tentera maut selepas kereta jenis Nissan Almera yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Plaza Tol Cheneh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, mangsa, Wan Nawang Wan Abdullah, 63, yang berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang maut akibat parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Wan Nawang dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuantan Pahang.

“Kereta Nisaan Almera dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit,” katanya, di sini hari ini.

Hanyan berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan Wan Nawang telah meninggal dunia.

Mayat lelaki warga emas itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI