fbpx

170 penjawat awam ditahan berkaitan rasuah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi ditahan berkaitan rasuah di Selangor sepanjang tahun 2018 hingga tahun lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim berkata, berdasarkan rekod menunjukkan seramai 170 penjawat awam ditangkap diikuti pekerja swasta (84) dan 50 orang awam.

Selain itu, katanya, lima individu masing-masing adalah bagi kategori ahli politik dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Secara keseluruhannya, SPRM melakukan 314 tangkapan dalam tempoh sama dan telah membuka 269 kertas siasatan (IP) berkaitan kes rasuah dengan serta 135 pertuduhan di mahkamah.

“Tahun 2020 menunjukkan pembukaan IP tertinggi iaitu sebanyak 64 IP diikuti tahun 2019 (57) dan tahun lalu (50),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bagi tempoh sama juga SPRM Selangor telah menerima 1,764 maklumat berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tambah Alias, rekod penyitaan pula berjumlah RM366,845 selain melucut hak rampasan pesalah rasuah bernilai lebih RM1.76juta.

“Untuk tindakan pencegahan rasuah pula dilakukan menerusi pelaksanaan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur sektor awam serta swasta bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah.

“Kita juga mengadakan sebanyak 406 ceramah khusus buat kumpulan sasar dengan 721 program berteraskan pencegahan rasuah disampaikan kepada agensi kerajaan dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI