fbpx

Ismail Sabri sah tidak pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangkan sejak 2018.

Mengesahkan perkara itu, Ismail Sabri ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, sehingga tarikh tutup pencalonan, beliau tidak menghantar borang pencalonan.

“Betul…sehingga tarikh tutup saya tidak menghantar borang pencalonan,” katanya kepada Kosmo!.

Difahamkan sehingga kini, lapan pemimpin UMNO telah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding jawatan tersebut, termasuk dua penyandangnya Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Enam pemimpin lain yang bertanding untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan bekas Menteri besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad.

Turut menghantar pencalonan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI