fbpx

Haram hukum cas telefon dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum mengecas telefon dalam masjid adalah haram melainkan ia telah diwakafkan oleh pihak masjid.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjawab persoalan tersebut ketika mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelasnya, hukum tersebut adalah haram kerana masjid tidak boleh disamakan seperti rumah sendiri kerana kebanyakan barang telah diwakafkan.

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.

“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.

“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin,” katanya.

Tambahnya lagi, menurut riwayat Imam Nawawi, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI