fbpx

Hafiz Suip ‘hilang’, enggan ditemu bual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ SUIP

BEBERAPA kenalan Diva yang juga wartawan hiburan mengadu rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap penyanyi, Hafiz Suip.

Sebabnya Hafiz seolah-olah menipu dengan menabur ‘janji manis’ apabila bersetuju untuk ditemu bual, namun akhirnya bertindak melarikan diri daripada pihak media tanpa sebarang penjelasan.

Baru-baru ini di salah sebuah acara, Hafiz diundang membuat persembahan. Pada awalnya, Hafiz terlebih dahulu ditemu bual wartawan untuk sebuah program gosip terkenal.

Jadi wartawan-wartawan lain yang terdiri daripada media cetak dan portal tunggu giliran. Siap minta Hafiz jangan pulang dahulu untuk ditemu bual.

Dia pun bersetuju memandangkan masih ada persembahan yang belum selesai. Lama juga wartawan lain kena ‘sidai’ tunggu Hafiz selesai membuat persembahan.

Namun, sebaik sahaja turun dari pentas, Hafiz dilihat dibawa oleh beberapa pengawal keselamatan beredar dari lokasi.

Wartawan yang menunggu tidak berdiam diri dan bertindak mengejar Hafiz, namun dihalang oleh pengawal keselamatan sehingga berlaku ‘perang mulut’.

Sepatutnya kalau tidak mahu ditemu bual, cakap awal-awal dan kami boleh hormat keputusan dia. Tak perlulah wartawan tunggu sampai tengah malam, tapi akhirnya ditipu. Penat tahu tak?

Dengan program televisyen boleh pula melayan, tapi dengan wartawan media cetak dan portal begini pula. Kenapa, sebab dapat masuk TV ke?

Sudahlah Hafiz ‘body shaming’ seorang kawan Diva dengan mengatakan badannya semakin gemuk. Bila orang tanya dia kenapa kurus, tahu pula sentap!

DIVA: Perangai artis sekarang, kahwin senyap, hamil pun senyap. Layankan sahajalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI