fbpx

Belanjawan 2023: RM480j bina jalan baharu atasi kesesakan ke Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kesesakan pada musim cuti persekolahan di Cameron Highlands.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM480 juta bagi membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan kesesakan jalan raya yang telah menjejaskan beberapa lokasi tumpuan pelancong.

“Kerajaan juga akan menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah dengan kos RM300 juta selain membina jalan dan jambatan Sungai Sepang yang menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos RM160 juta.

“Menambah baik kemudahan jaringan lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan juga bersetuju melaksanakan projek menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong melibatkan kos sebanyak RM525 juta secara berfasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI