fbpx

Belanjawan 2023: RM10 juta geran operasi NSRC atasi isu scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sejumlah RM10 juta disediakan untuk geran pengoperasian National Scam Response Centre (NSRC) sekali gus mengukuhkan pusat itu dalam memerangi jenayah penipuan dalam talian atau scam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan itu pada Ucapan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Jenayah penipuan dalam talian atau scam kini semakin parah. Untuk tahun 2022, lebih 25,000 jenayah direkodkan dengan kerugian sebanyak RM850 juta.

“Walaupun kerajaan telah menubuhkan NSRC, tetapi belum ada dasar seragam dalam menangani isu ini kerana setiap institusi perbankan mengeluarkan garis panduan masing-masing.

“Sehubungan itu, bagi mengukuhkan peranan NSRC, sejumlah RM10 juta disediakan bagi geran pengoperasian,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara juga akan menguatkuasakan dasar ‘kill switch’ kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan pengguna sendiri mengambil tindakan segera membekukan akaun mereka.

Ini termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI