fbpx

Belanjawan 2023: RM1.2 bilion baiki 400 klinik, 380 sekolah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi kerja-kerja pembaikan 400 buah klinik dan 380 buah sekolah daif di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

“Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan.

“Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi kerajaan kalau tidak memudah cara.

“Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,” kata beliau.

Tambahnya, bagi menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 serta perolehan secara cabut undi kepada RM200,000 berbanding RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI