fbpx

Belanjawan 2023: RM100,000 turap jalan rosak setiap daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan sebanyak RM2.7 bilion untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama bagi melaksanakan penyelenggaran kecil, sebanyak RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.

Menurut beliau, sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

“Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah.

“Sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berlakunya kemalangan tinggi,” katanya pada ucapan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) yang bertujuan untuk menyelenggara jalan negeri kepada RM5.2 bilion.

“Kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan Marris untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI