fbpx

Wilayah di China beri cuti kahwin 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pasangan pengantin bersiap sedia untuk merakam gambar perkahwinan di Beijing pada 31 Oktober 2022. - AFP

BEIJING – Beberapa wilayah di China merombak dasar cuti kahwin selama tiga hari ketika negara itu berusaha mencari jalan untuk menangani kemerosotan kadar kelahiran yang turut menjejaskan ekonomi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut akhbar pemerintah, People’s Daily, negara itu kini memperkenalkan cuti bergaji selama 30 hari kepada pasangan pengantin baharu.

Perubahan besar-besaran itu dibuat untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin dan mempunyai anak. 

Kelayakan dan faedah cuti kira-kira sebulan kepada pengantin baharu itu menjadi harapan kepada China untuk menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.

Walaupun cuti perkahwinan selama 30 hari diterima beberapa wilayah, sebilangan wilayah lain telah menetapkan tempoh selama 10 hari. 

Wilayah Gansu dan Shanxi contohnya, menawarkan cuti selama 30 hari manakala Shanghai 10 hari selain Sichuan masih kekal tiga hari, demikian menurut People’s Daily.

Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial, Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, Yang Haiyang berkata, melanjutkan cuti perkahwinan adalah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar kesuburan.

“Cuti perkahwinan dilanjutkan di beberapa wilayah dan bandar yang mengalami perkembangan ekonomi yang agak perlahan,” ujarnya.

Populasi penduduk China terjejas selepas negara itu menguatkuasakan dasar seorang anak antara tahun 1980 hingga 2015. Pada 2022, China mencatatkan kadar kelahiran terendah iaitu 6.77 kelahiran bagi setiap 1,000 orang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI