fbpx

Tular pegawai MPK dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pegawai MPK yang dilanggar lari penunggang motosikal.

KLANG – Seorang pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK) cedera selepas dilanggar lari oleh penunggang motosikal di hadapan pejabat pihak berkuasa tersebut, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi, Isnin lalu tular menerusi video berdurasi 10 saat di laman sosial Facebook.

Mangsa, Siti Mariam Anisah Ali, 28, berkata, semasa kejadian dia hendak melintas jalan memasuki kerja selepas meletakkan kenderaan di hadapan Dewan Hamzah MPK.

“Pada ketika itu, banyak kenderaan dari arah Lorong Perbandaran menuju ke Lebuh Raya Persekutuan. Jadi, saya perlahan-lahan melintas jalan itu.

“Namun, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang laju melanggar saya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, impak kejadian itu menyebabkan dirinya cedera ringan di anggota badan bahagian kiri serta diberikan cuti sakit selama tiga hari sehingga esok daripada Hospital Shah Alam.

Tambah wanita, dia juga telah membuat laporan polis di balai polis trafik Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

“Memang kesal apabila pelakunya melarikan diri begitu sahaja dan berharap dapat ditangkap dalam masa terdekat,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI