fbpx

‘Klon’ Elfira Loy jual asam pedas Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARISSA IRDINA tidak berhasrat untuk menjadi artis sebaliknya lebih berminat untuk menguruskan perniagaan asam pedas datuknya.

MELAKA – Ramai pelanggan yang baru pertama kali mengunjungi sebuah restoran popular di Ayer Keroh di sini, terkejut apabila melihat seorang wanita yang mirip pelakon terkenal, Elfira Loy mengambil pesanan makanan daripada mereka.

Pelanggan menyangka wanita itu adalah selebriti, namun pemilik badan tersebut sebenarnya adalah pekerja restoran asam pedas yang juga cucu kepada pemilik premis berkenaan.

Ketika ditemui Kosmo!, Arissa Irdina Azmi, 19, berkata, dia yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik telah terbiasa apabila dikatakan mirip Elfira Loy.

Katanya, ada juga individu yang tidak dikenali meminta izin untuk merakamkan gambar bersamanya disebabkan wajahnya yang seiras Elfira Loy.

“Memang sejak di bangku sekolah lagi orang kata muka saya macam Elfira Loy dan bertanya sama ada saya adalah adik-beradik selebriti itu atau mempunyai pertalian darah dengannya.

“Saya sendiri juga tidak sangka baru-baru ini kisah saya tular di TikTok, namun sebenarnya saya tiada kaitan langsung de­ngan Elfira Loy,” katanya.

ARISSA IRDINA menunjukkan gambar Elfira Loy yang mirip dengannya ketika ditemui di sebuah restoran asam pedas di Ayer Keroh semalam.

Ditanya sama ada dia pernah berhasrat untuk menjadi pelakon seperti Elfira Loy, gadis manis itu memberitahu, dia lebih berminat untuk menguruskan perniagaan asam pedas datuknya.

“Kedai asam pedas ini adalah perniagaan keluarga saya, jadi setakat ini memang saya nak bantu uruskan kedai ini.

“Tidak terfikir pula untuk menjadi pelakon seperti Elfira Loy kerana saya seorang yang sangat pemalu,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pe­langgan dari Johor, Nazri Shahari, 42, berkata, dia terkejut apabila melihat pelayan yang mengambil pesanan makanannya mirip Elfira Loy.

“Saya sampai tanya dia (Arissa) tadi, ada pertalian saudara ke dengan Elfira Loy sebab muka memang iras sangat.

“Ini pertama kali saya nampak orang yang mukanya mirip selebriti secara berdepan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI