fbpx

Kerugian banjir tahun lalu menurun kepada RM0.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir pada tahun lepas di seluruh negara telah menurun kepada RM0.6 bilion bersamaan 0.03 peratus berbanding pada tahun 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, jumlah tersebut berkurangan berbanding kerugian pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM6.1 bilion bersamaan 0.40 peratus bagi semua negeri yang terjejas akibat banjir kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, berkata, perolehan data didapati daripada kaedah banci secara bersemuka di kawasan terlibat yang menggunakan soal selidik, kaedah pemerhatian dan panggilan telefon serta data pentabiran diperoleh daripada pelbagai agensi.

Ujarnya, pecahan jumlah kerugian tahun lepas adalah terdiri daripada tempat kediaman (RM157.4 juta), kenderaan (RM18.8 juta) dan pembuatan (RM8.7 juta, premis perniagaan (RM50.3 juta), pertanian RM154.5 juta dan aset awam dan infrastruktur sebanyak RM232.7 juta.

“Dari segi tempat kediaman, Terengganu mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM84.2 juta, diikuti Kelantan RM44.4 juta dan Kedah RM15.3 juta.

“Terengganu juga mencatatkan jumlah tertinggi bagi kerugian premis perniagaan, berjumlah RM25.3 juta dengan kerugian tertinggi di daerah Hulu Terengganu berjumlah RM10.0 juta diikuti daerah Besut RM6.1 juta dan Setiu RM2.9 juta

“Bagi kerosakan sektor pembuatan, Terengganu turut merekodkan kerugian tertinggi di Malaysia berjumlah RM7.1 juta, diikuti oleh Kelantan RM1.2 juta dan Sabah RM0.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bagi kenderaan, tiga negeri yang mencatatkan kerugian tertinggi adalah Kedah dengan nilai sebanyak RM11.5 juta, Terengganu RM3.4 juta dan Kelantan RM2.0 juta.

Sementara itu, DOSM juga telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai platform yang menyediakan katalog data dan visualisasi yang memudahkan pengguna menganalisis pelbagai jenis data.

Orang ramai yang ingin mengakses data sumber terbuka DOSM NextGen boleh melayari portal https://open.dosm.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI