fbpx

Bengang terbeli nasi lemak kepala ikan curut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI pengguna merungut selepas juadah nasi lemak kini dijual pada harga hingga mencecah RM10 sebungkus. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Nasi lemak yang dahulunya adalah menu mampu dibeli kebanyakan orang kini bukan lagi juadah untuk golongan marhaen.

Rungutan itu disuarakan orang ramai di bandar raya ini yang terpaksa mengeluarkan wang hingga RM10 bagi sebungkus nasi lemak berlauk ayam.

Kerani di sebuah syarikat swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Aina, 41, berkata, dia terpaksa menukar pilihan membeli nasi lemak bungkus berharga RM1.50, namun dikejutkan pula dengan menu itu cuma terdapat kuah sambal kepala ikan curut dengan sedikit isi yang terlekat pada tulang.

Katanya, bukan itu sahaja, saiz ikan itu juga dipercayai dipotong kepada empat bahagian dengan bersaiz ibu jari wanita.

“Saya tidak pertikai harga RM1.50 yang dijual peniaga nasi lemak kini, tetapi elaklah letak hanya kepala ikan curut di dalam bungkusan nasi lemak selain ada penambahan telur.

“Mahu beli nasi lemak lain harganya mencecah hingga RM10 pula. Beli nasi lemak harga marhaen pula dapat juadahnya yang tidak cukup sifat,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

NASI lemak yang dibeli seorang kerani hanya berlauk secebis kepala ikan curut sebesar ibu jari orang dewasa di George Town semalam.

Sementara itu, seorang pengguna yang mahu dikenali Aishah Ahmad, 40, mendakwa, hidangan nasi lemak berlauk ayam yang dijual dalam bekas polistirena juga turut naik mendadak sehingga mencecah RM10 berbanding RM7 sebelum ini untuk menu sarapan.

“Ingatkan pilih hidangan nasi lemak dapat bantu mengu­rangkan kos bebanan harian terutama pada hujung bulan, sebelum gaji tetapi tidak.

“Harga menu itu berlauk ikan, telur dan sedikit hirisan timun yang dipek dalam polistirena kini dijual pada harga RM6.50 setiap set, sama harga menu tengah hari.

“Nasi lemak koboi yang berkuah sambal ikan bilis sahaja sudah mencecah RM4, manakala nasi lemak ayam goreng pula dijual antara harga RM8 hingga RM10 sebungkus,” ujarnya.

Justeru, ibu kepada empat cahaya mata itu mengharapkan agar peniaga-peniaga makanan tidak mengambil kesempatan dengan krisis kenaikan harga barangan mentah yang mendadak ketika ini sebaliknya bersifar jujur dalam perniagaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI