fbpx

Tayang perut berotot, Jaehyun dikagumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAEHYUN

BARU-BARU ini, imej penyanyi daripada kumpulan NCT, Jaehyun yang tidak berbaju menjadi bualan hangat netizen.

Jaehyung tidak memerlukan banyak sebab untuk memukau, cukup dengan otot perut yang begitu menyerlah, dia mudah dikagumi.

Dalam forum komuniti, masing-masing memuji kesempurnaan Jaehyun yang sememangnya terkenal dengan fizikal menawan, terutama otot dan kulitnya yang cerah.

“Dengan badan dan muka sebegitu, dia mempunyai personaliti yang sangat memukau.

“Dia kelihatan seperti muka depan novel yang bergenre fantasi romantik.

“Badannya sangat putih kerana setiap kali melihatnya hati saya akan sentiasa berdebar-debar,” komen netizen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI