fbpx

NASA sahkan meteorit terhempas di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan meteorit yang terhempas di Texas telah ditemui. - The American Meteor Society / Facebook

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan bebola api yang dikesan di negeri Texas Rabu lalu sebenarnya merupakan sebuah meteorit seberat 453 kilogram (kg) yang terhempas ke Bumi, lapor akhbar Daily Star.

Penduduk di sekitar bandar McAllen, Texas Selatan ketakutan selepas mendengar bunyi letupan sonik sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) pada 15 Februari lalu.

Setelah menjalankan siasatan, NASA mengesahkan bahawa meteorit berdiameter sekitar 60 sentimeter (sm) itu telah memasuki atmosfera Bumi.

Batuan angkasa seberat seekor beruang Grizzly itu bergerak pada kelajuan 43,452 kilometer sejam (km/j) dan mempunyai tenaga setara dengan bom TNT lapan tan, kata NASA.

Berkongsi imej bola api yang dirakam satelit, NASA berkata dalam satu kenyataan: “Berdasarkan analisis maklumat awal daripada beberapa sumber, pakar NASA percaya objek itu adalah meteorit dengan berat kira-kira 453 kg.

“Berdasarkan sudut dan kelajuan pergerakan objek itu serta keupayaannya dikesan melalui radar, ia konsisten dengan fenomena meteorit lain yang terhempas secara semula jadi. Radar dan data lain menunjukkan bahawa meteorit akan mencecah tanah berdasarkan peristiwa ini,” kata NASA.

Meteorit itu didakwa terhempas di Texas selepas berpecah menjadi serpihan ketika berada pada ketinggian 33,796 meter (m).

“Walaupun meteorit cenderung untuk memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan tinggi, ia menjadi perlahan ketika bergerak melalui atmosfera dan pecah menjadi kecil sebelum terhempas ke tanah. 

“Meteorit menyejuk dengan cepat dan secara amnya tidak berisiko kepada orang ramai,” tambah NASA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI