fbpx

Mahkamah: Peniaga aniaya anak tiri dipenjara sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang peniaga meliwat anak tiri perempuannya berusia lapan tahun pada empat tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara selama sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian terhadap lelaki berusia 37 tahun itu selepas tertuduh diputuskan bersalah.

Beliau menetapkan tertuduh yang diwakili peguam, Che Amir Che Musa menjalani hukuman tersebut bermula tarikh jatuh hukum hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii itu tanpa kerelaan mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun.

Perbuatan berkenaan didakwa berlaku di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang pada Disember 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI