fbpx

Laluan simpang ke Genting Highlands ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Laluan simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di Kilometer 36.5 akan ditutup esok ekoran kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan terbabit.

Pengedali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad berkata, laluan tersebut akan mula ditutup mulai pukul 11 pagi sehingga pukul 4 petang.

“Para pengguna yang ingin ke Genting Highlands boleh menggunakan laluan pusingan U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

“Bagaimanapun, ANIH Berhad akan membuka laluan tersebut sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peta penutupan laluan simpang ke Genting Hinghlands dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai boleh mendapatkan informasi tepat dan terkini menerusi saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik).

“Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI