fbpx

141 pembeli Residensi Seremban Sentral layak terima ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBELI-pembeli projek perumahan PRIMA Residensi Seremban Sentral mendesak pihak PR1MA menyerahkan segera kunci rumah yang dibeli mereka. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Sebanyak 141 pembeli di bawah projek Residensi Seremban Sentral, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) layak menerima Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) melibatkan pembayaran lebih RM1.3juta.

PR1MA dalam satu kenyataan hari ini berkata, LAD ini akan dibayar kepada para penerima selepas serahan milikan kosong (Vacant Possession) yang dijangka pada 30 Jun 2023, seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 26(2) Perjanjian Jual Beli.

Selain itu, jelasnya, status terkini projek Residensi Seremban Sentral, setakat 13 Februari adalah sebanyak 99.54 peratus.

“Walau bagaimanapun, projek ini telah mengalami kelewatan dari tarikh siap asal disebabkan kerja- kerja pembinaan yang tertangguh selama hampir dua tahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerja-kerja fizikal bagi unit rumah telah siap sepenuhnya dan sedang dalam proses pemeriksaan serta pembaikan kecacatan bangunan. Manakala, baki kerja adalah tertumpu kepada penyiapan infrastruktur luaran,” katanya.

Sementara itu, PR1MA turut mengalami masalah kekurangan pekerja kontraktor lantikan iaitu Brunsfield Engineering Sdn. Bhd. (Brunsfield), namun akan diatasi dalam masa terdekat.

“Dalam masa yang sama, perjumpaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Agensi Teknikal utama, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Indah Water Konsortium (IWK) untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) sedang giat dijalankan.

“Tarikh jangkaan siap bagi projek Residensi Seremban Sentral dilanjutkan ke suku kedua 2023, dari suku pertama 2023 dengan usaha mendapat kerjasama yang baik daripada PBT dan agensi teknikal terlibat semasa proses CCC berjalan,” ujarnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, pembeli projek PR1MA Residensi Seremban Sentral mendesak pihak pemaju perumahan tersebut untuk menyerahkan segera kunci rumah kepada pemilik.

Salah seorang daripada mereka, Hafiz Hariri Feisal, 32, dipetik berkata, dia kecewa kerana projek berkenaan sudah pun siap sepenuhnya, namun masih belum boleh diduduki pembeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI