fbpx

SPM 2022: 16,815 calon di Negeri Sembilan, empat ambil di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seramai empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Negeri Sembilan terpaksa menduduki peperiksaan di hospital termasuk seorang yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kemalangan.

Mereka adalah antara 16,815 pelajar tingkatan lima yang menduduki peperiksaan SPM di tujuh daerah di Negeri Sembilan bermula hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Dr. Norisah Suhaili berkata, berlaku pertambahan 57 calon atau 0.3 peratus bagi keseluruhan calon SPM 2022 berbanding 16,758 orang pada 2021.

“Daripada jumlah itu, 14,868 calon daripada sekolah kerajaan, 393 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 64 calon sekolah kerajaan negeri, 770 calon sekolah swasta, 638 calon persendirian dan 81 calon Sekolah Agama Rakyat.

“Pada tahun ini, terdapat empat calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2022 di hospital termasuk seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Seri Setia yang dirawat di ICU Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas terlibat dalam kemalangan petang semalam,” katanya selepas bertemu calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini hari ini.

Menurut Norisah, tiga lagi calon dirawat di hospital akibat penyakit sakit dalam perut, saraf dan demam denggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI