fbpx

Jejaka India hampa lamaran ditolak ibu bapa kekasih di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asib terpaksa akur dan pulang ke India selepas ‘terbang’ ke Indonesia demi melamar kekasihnya. – Gelora

JAKARTA – Seorang lelaki dari India terpaksa pulang dengan rasa hampa kerana lamaran ditolak ibu bapa kekasihnya selepas dia sanggup berhabis duit dengan  melakukan perjalanan terbang ke Wajo, wilayah Sulawesi Selatan, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Facebook, pemuda bernama Asib Ali Bhore dari negeri Uttar Pradesh itu dikatakan berlepas ke Indonesia untuk melamar teman wanitanya, Syarifah Khaerunnisa.

Lelaki tersebut dikatakan sudah membelanjakan wang 52 juta rupiah (RM15,184) untuk kekasihnya sepanjang menjalinkan hubungan sejak 2021.

Bagaimanapun, niat murninya untuk memperisterikan Syarifah Khaerunnisa ditolak ibu bapa gadis berkenaan yang telah menjodohkan dirinya dengan lelaki pilihan mereka.

Situasi itu membuatkan Asib akur lalu pulang ke India meskipun berasa kecewa kerana telah mengeluarkan wang yang banyak demi memenuhi keinginan kekasihnya.

Ibu bapa gadis itu dilaporkan mahu menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan ke atas anak mereka, namun ditolak oleh Asib.

Kisah sedih yang berlaku pada pemuda itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kasihannya. Buat si gadis, kalau tak sudi, sila beritahu awal-awal. Jangan sampai orang sudah perjuangkan cinta kemudian ditinggal begitu sahaja. Kalau benar-benar serius, dia tidak akan menerima lamaran orang lain,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI