fbpx
DARI kiri, Fyna Jebat, Zainal Abidin dan Zalina.

Fyna Jebat, madu ‘berdamai’ selepas gaduh tarik rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kes pergaduhan antara dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya menyelesaikannya secara baik.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini selepas isteri pertama, kepada bekas jurulatih itu, Datin Zalina Zaini telah menarik laporan berhubung kes itu kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, pihaknya telah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan dengan kes tersebut diklasi kasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Mereka sudah tarik report (laporan). Wife (isteri) telah tarik report dua minggu lalu.

Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).

“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik.

“Jadi, kes selesai dengan diklasi kasikan sebagai NFA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! sebelum pada 23 Januari lalu melaporkan, berang berkahwin tanpa pengetahuan dipercayai punca pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan di sebuah restoran di daerah ini.

Polis sebelum ini turut mendedahkan suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut
pengadu di dalam restoran tersebut sebelum melarat kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar
premis.

Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.

Malah, pelakon Janna Nick memohon maaf sekiranya gurauan pada konsert mingguan Famili Duo mengenai
rumah tangga salah seorang peserta telah menggores hati isteri pertama bekas jurulatih bola
sepak kebangsaan.

Permohonan maaf tersebut dibuat untuk menjernihkan keadaan selepas dia dituduh menjadi punca tercetusnya
pergaduhan antara isteri pertama dan kedua bekas pemain bola sepak berkenaan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN