fbpx

Beli telur pun dapat resit, SPRM kena siasat – Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal.

MELAKA – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu ketirisan pembelian ventilator pada 2020.

Menurutnya, langkah proaktif berkenaan perlu dilaksanakan memandangkan negara mengalami kerugian besar apabila sebanyak 108 ventilator yang dibeli Kementerian Kesihatan (KKM) pada ketika itu tidak dapat digunakan.

Katanya, lebih mencurigakan hanya 15 unit ventilator dikembalikan semula kepada pengilang untuk urusan ganti rugi, selebihnya tidak mempunyai dokumen perolehan.

“Baki 93 unit lagi itu tidak dapat dipulangkan sebab tiada dokumen perolehan daripada Kementerian Kesihatan kepada syarikat pembekal.

“Pelik bin ajaib (kerana) kalau kita beli telur di pasar raya pun kita dapat resit dan sebagainya untuk bukti pembelian,tetapi ini beli ventilator berjuta ringgit nilainya tiada dokumen perolehan langsung ?,”soalnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, kerajaan perlu bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

“Kabinet pada 25 Mac 2020 lalu bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada Kementerian Kesihatan terhadap tatacara perolehan darurat untuk membeli 500 unit ventilator dan duit pendahaluan sudah di bayar RM30 juta kepada pembekal.

“Tetapi syarikat (hanya) berjaya untuk bekalkan 136 unit sahaja. (Jadi) saya mohon pihak kerajaan untuk melihat mengenai ketirisan yang mengakibatkan RM13 juta wang rakyat dibazirkan begitu sahaja,”katanya.

Kosmo! pada 16 Februari lalu melaporkan sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada KKM tidak dapat digunakan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, hari ini berkait program Pengurusan Wabak Covid-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pembelian ventilator itu dibuat di antara tahun 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI