fbpx

Terpulang Harumaini cabar keputusan pengosongan kerusi Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnul (kiri), Harumaini (kanan).

KUALA LANGAT – Sebarang keputusan mencabar pengosongan kerusi Batang Kali yang diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim adalah terserlah kepada Harumaini Omar.

Timbalan Speaker DUN Selangor berkata, Hasnul Baharuddin berkata, apa yang diputuskan mengenai kedudukan kerusi Harumaini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu selepas mengikut peraturan dan merujuk kepada penasihat undang-undang negeri.

Katanya, Harumaini ada berhubung dengannya memberikan penjelasan mengenai masalah tersebut.

“Namun, apa dijelaskan itu adalah dia sendiri mengaku bahawa gagal memberikan hantar surat kepada DUN atau Speaker ekoran ketidakhadirannya disebabkan masalah kesihatan isteri dan kesibukan beliau atau libatkan pengurusan keluarga beliau. Itu kesilapan beliau (Harumaini).

“(Jadi) itu terserah kepada beliau dan haknya untuk cabar (keputusan pengosongan kerusi Batang Kali) di mahkamah,” katanya ketika ditemui semasa program jerayawara sempena sambutan peringatan Hari AntiDadah tahun 2023, di Pantai Morib, hari ini.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan Kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong selepas ADUN bagi kawasan itu, Harumaini dilucutkan sebagai wakil rakyat.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menyatakan perlucutan itu adalah perkara LXIX Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 apabila Harumani tidak hadir tanpa kebenaran speaker pada persidangan DUN selama enam bulan.

Susulan itu, Harumaini kemudiannya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan Suee Lim yang mengumumkan kerusi bagi kawasan DUN Batang Kali kosong.

Menurut Hasnul, tindakan terhadap kerusi Batang Kali itu adalah mengikut enakmen dan peraturan yang jelas mengenai seseorang ADUN dimestikan hadir dalam tempoh enam bulan.

“Maknanya kalau enam bulan mesti ada sidang. Isunya, walaupun dia hadir sidang sebelumnya sehari, tetapi daripada ‘cut off’ itu, sehingga enam bulan dia tiada.

“Sepatutnya, dalam tempoh dua minggu dalam sidang bajet lepas, dia hanya perlu sekurang-kurangnya datang sehari sahaja bagi mengelakkan tindakan kepadanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada para ADUN agar peka dalam mematuhi undang-undang mengikuti persidangan DUN selepas dipilih rakyat.

“Ramai ADUN yang datang sehari atau setengah jam, sudah tandatangan balik. Jadi, maksudnya kita tidak boleh ambil tindakan, tetapi dari segi moralnya tidak betul ADUN bersikap begitu. Hanya melepaskan batuk di tangga, datang untuk ‘sign’ dan balik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI