fbpx

Pemilik kebun ditemui mati tangan, kaki berikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang pemilik kebun ditemui dibunuh di kebuh buah naga Site A, Tanah Merah, Port Dickson.

PORT DICKSON – Seorang pemilik kebun ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan berikat di sebuah kebun buah naga Site A, Tanah Merah di sini semalam dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan tentang kematian mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun pada pukul 2.52 petang oleh bapanya.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tidak berbaju dan hanya memakai seluar warna hitam, manakala kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali selain terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pemeriksaan mendapati barangan lain milik mangsa iaitu sebuah telefon bimbit dan motosikal jenis SM Sport tidak dijumpai disyaki telah dilarikan oleh suspek.

“Hasil temubual dengan keluarga, mangsa ada mengambil seorang pekerja warganegara Myanmar yang bekerja lebih kurang dua minggu, namun butiran peribadi tidak diketahui dan telah menghilangkan diri,” katanya.

Jelas Aidi Sham, bertindak atas maklumat, pada pukul 11.40 pagi tadi, sepasukan polis diketuai Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) dibantu Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah membuat tangkapan terhadap suspek empat lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 49 tahun di Shah Alam, Selangor.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson esok untuk proses tahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI