fbpx

Baby Shima diusik penari lelaki seksi cuit hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Baby Shima ketika berkunjung ke sebuah resroran di Bangkok baru-baru ini.

HAMPIR nak terbeliak biji mata Diva bila tengok video yang dikongsikan penyanyi Baby Shima sewaktu ‘disajikan’ dengan tarian erotik oleh seorang penari lelaki berpenampilan seksi.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika Shima sedang menjamu selera di sebuah restoran di Bangkok, Thailand.

Gara-gara aksi ghairah penari seksi yang dipercayai pelayan di restoran tersebut, Shima kelihatan tergamam sehingga bulat biji mata dibuatnya.

“Tak senang nak makan! Godaan,” tulis Shima.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat riak wajah Shima sehingga ada juga yang memintanya untuk turut sama mempamerkan aksi bergelek.

“Mohon bersabar. Ini ujian kak,” usik seorang netizen.

“Sepatutnya Shima goyang sebelah dia jugak bagi dia tercabar,” kata seorang pengikutnya.

DIVA: Bila drama Zarina Anjoulie dengan bekas tunang nak selesai? Kahwin sajalah, habis cerita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI