fbpx

Ada pelakon yang selalu nak kacak, cantik saja – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN handal beraksi, Syafie sebenarnya seorang yang sangat takutkan darah dan pernah jatuh pengsan selepas melihat darah yang terlalu banyak.

SUDAH 14 tahun sutradara tersohor Yasmin Ahmad meninggal dunia, namun sehingga kini, kata-kata insan hebat yang seumpama seorang ibu itu masih terpahat istimewa di dada Syafie Naswip.

Kongsi Syafie, antara kata-kata yang masih dipegangnya, ‘bekerja dengan hati yang ikhlas, berbuat baik, jangan harapkan anugerah dan yang paling penting, hormati ibu bapa’.

“Sampai sekarang saya masih pegang kata-kata arwah Yasmin yang telah saya anggap sebagai ‘ibu’. Dia seumpama insan yang mengandungkan saya dalam bidang seni.

“Sepanjang 20 tahun menjadi pelakon, saya tidak pernah terfikir untuk diberikan penghargaan atau anugerah. Saya berlakon sebab saya suka kongsi perasaan dengan orang lain,” ujarnya.

Tuntutan untuk menjadi seorang pelakon serba boleh dalam membawakan apa jua watak turut mendorong pelakon berusia 30 tahun itu berkorban banyak hal untuk menjadi yang terbaik.

Contohnya, menerusi siri terbaharu Viu, Nenek Bongkok Tiga, Syafie tidak teragak-agak untuk memotong rambutnya, bagi memenuhi tuntutan watak.

“Komitmen sebagai pelakon menuntut seseorang itu untuk berkorban apa sahaja demi menjayakan watak yang dibawa.Syafie NBaUntuk siri Nenek Bongkok Tiga ini, saya sendiri yang cadangkan kepada pengarah untuk memotong rambut supaya kelihatan jarang. Tapi komitmen sebegitu bergantung kepada pelakon lain jika mereka sanggup lakukannya,” ujar Syafie.

Pujian

Tambah pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Mukhsin itu, terdapat pelakon yang mahu sentiasa tampil dengan watak cantik dan kacak.

“Tapi bagi pelakon yang sanggup berkorban, mereka harus diberikan pujian. Untuk saya pula, memang saya suka lakukan perubahan dan cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

“Sebelum ini, selain membotakkan kepala, saya pernah menaikkan berat badan sehingga 78 kilogram (kg) dan kuruskan badan sehingga 54kg untuk membawakan watak lakonan.

“Saya lakukannya bukan untuk mendapatkan perhatian dan pujian orang ramai, tetapi kerana mahu memenuhi tuntutan watak sebagai pelakon,” jelasnya.

Bagaimanapun, Syafie mengakui pengorbanan sebegitu adakalanya sangat memenatkan setiap kali perlu menjiwai satu-satu karakter.

“Memang penat setiap kali dapat satu-satu karakter kerana perlu berkorban untuk jayakannya. Tapi itulah permainan yang perlu dilakukan seorang pelakon.

“Kalau asyik bawa watak dengan penampilan sama, akhirnya kita akan rasa bosan denan apa yang kita lakukan,” katanya.

Menjadikan individu di sekeliling sebagai rujukan, Syafie akan menjadi pemerhati orang yang ada di sekitarnya untuk dijadikan contoh bagi menjayakan satu-satu watak pada masa akan datang.

“Saya selalu sambil rujukan watak daripada orang yang ada di sekeliling saya. Mana tahu mungkin suatu hari nanti saya akan ambil watak abang (penulis) untuk dijadikan rujukan saya nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syafie kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama genre seram yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI