fbpx

Sempadan baharu Malaysia-Indonesia di Kalimantan sedang dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk meninjau perairan Sungai Golok di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselematan, Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti dan akan memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia selepas pembangunan ibu negara tersebut di Kalimantan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempadan baharu itu merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua negara menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA) berikutan pembukaan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara.

Katanya, terdapat tiga perkara penting perlu dikenal pasti sebelum memuktamadkan pintu masuk baharu itu.

“Antara komponen penting yang telah dikenal pasti antaranya titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia).

“Di bahagian Indonesia pula, kedua-dua negara perlu mengetahui keluasan yang meliputi melalui CBA dan kategori penduduk di situ,” katanya selepas mengadakan tinjauan perairan Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu di Indonesia pada minggu lalu.

Katanya, lawatan rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada tahun ini akan menentukan komponen penting mengenai aspek persempadanan kedua-dua untuk menandatangani perjanjian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI