fbpx

PM lulus peruntukan bina lima masjid baharu di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (dua kanan) menyerahkan simbolik pemberian bayaran insentif sekali beri berjumlah RM1,000 kepada wakil penggali kubur di negeri ini pada Majlis Israk Mikraj Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban semalam.

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM31.8 juta bagi pembinaan lima buah masjid baharu di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pembinaan masjid-masjid berkenaan manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan negeri dan masyarakat.

Beliau menambah, peruntukan berkenaan diluluskan menerusi permohonan yang dibuat oleh kerajaan negeri hasil pertemuan pertamanya dengan Perdana Menteri.

“Berita baik untuk rakyat Negeri Sembilan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan berjumlah RM31.8 juta bagi pembinaan masjid-masjid tersebut iaitu Masjid Terapung, Port Dickson; Masjid Ulu Beranang, Lenggeng; Masjid Kariah Talang Tengah, Kuala Pilah; Masjid Tuanku Munawir Seri Menanti, Kuala Pilah dan Masjid Bongek, Rembau,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap Majlis Israk Mikraj Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, di sini malam semalam.

Sementara itu, Aminuddin berkata, sempena sambutan Israk dan Mikraj dan berada dalam bulan Rejab yang mulia, beliau menyeru umat Islam di negeri ini untuk memperkuatkan azam agar sentiasa bersegera mendirikan solat fardu dengan lebih baik menunaikannya secara berjemaah di masjid ataupun surau berhampiran.

“Saya mengimpikan rakyat di negeri ini untuk mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau demi mengukuhkan tali persaudaraan sesama kita tanpa mengira ideologi dan pemikiran politik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI