fbpx

Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sempat hadiri temu duga kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Mohammad Azim dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Beringin, Durian Dunggal, Melaka. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, selesai.”

Itu kandungan mesej terakhir arwah Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 30, yang dikongsikan di dalam kumpulan WhatsApp keluarganya pagi semalam.

Kandungan mesej itu dikirim Mohammad Azim sejurus selesai menghadiri satu temu duga kerja sebagai Pegawai Belia dan Sukan.

Arwah yang juga pembantu tadbir di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) maut selepas dihempap keretanya ketika menukar minyak hitam di kuarters penjawat awam di Presint 5 di sini pagi semalam.

Bapa arwah, Sanusi Sujak, 69, berkata, sebelum kejadian, arwah mengirim mesej menerusi WhatsApp dan memaklumkan sudah selesai menghadiri sesi temu duga selain turut menghantar sekeping gambar.

“Arwah pernah menghadiri beberapa sesi temu duga sebelum ini, namun kali ini dia berasa sangat yakin dan berharap untuk terpilih,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah dibawa pulang ke kampung halaman dan akan disolatkan di Masjid Kampung Beringin, Durian Tunggal, Melaka sebelum dikebumikan selepas solat zuhur hari ini.

Sanusi berkata, anak lelaki bongsu daripada enam beradik itu meninggalkan seorang isteri, Nor Azilah Amti dan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Dalam kejadian pada pukul 11.48 pagi semalam, arwah Mohammad Azim maut akibat dihempap keretanya di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI