fbpx

Lelaki proses cakoroi dalam hutan kampung dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan ketum yang dijalankan sepasukan polis Daerah Barat Daya di sebuah pondok tidak bernombor di Jalan Bharu, Balik Pulau.

BALIK PULAU – Kegiatan licik seorang pemuda yang dipercayai menjalankan kegiatan memproses dan mengedar ketum atau lebih popular dengan panggilan cakoroi di kawasan hutan kampung di daerah ini akhirnya tumpas.

Menerusi kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah pondok yang tidak bernombor yang terletak di Jalan Bharu.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menemui dan merampas lebih kurang 120,000 ml disyaki air ketum siap diproses, 70 kg (kilogram) daun ketum dan alatan untuk memproses air ketum,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya lagi, nilai keseluruhan rampasan ketum tersebut bernilai RM3,900 dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI