fbpx

Arsenal perlu elak ‘mental koyak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA berharap agar Arsenal kekal fokus walaupun tidak lagi bergelar pendahulu carta EPL selepas dipintas City.

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard menyeru rakan-rakan sepasukan untuk kekal tenang selepas merekodkan tiga perlawanan tanpa kemenangan menjelang aksi bertemu Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Gunners telah tersingkir pada kempen Piala FA di tangan Manchester City hujung bulan lalu sebelum seri menentang Brentford dan kalah sekali lagi kepada skuad The Citizens bagi kempen EPL kelmarin.

Odegaard mengakui situasi tersebut telah memberi tekanan buat barisan pemain dalam usaha memastikan pasukan kembali berada di landasan kemenangan dan berharap tuah dapat memihak kepada pasukan di Villa Park nanti.

“Saya percaya perjalanan liga masih panjang dan itulah mentaliti yang saya mahu pemain terapkan tidak kira ketika kami menang atau tewas. Apa yang penting pasukan perlu kekal tenang dan fokus untuk harungi satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Kini, kita memiliki peluang untuk memulihkan semula motivasi pasukan dan sudah tentu hanya kemenangan sahaja yang dicari walaupun kita akan bersaing di tempat lawan nanti. Kita perlu berikan kegembiraan semula buat penyokong setia Arsenal,” katanya.

Sementara itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut berharap agar pasukan kekal fokus walaupun pasukan tidak lagi bergelar pendahulu carta EPL selepas dipintas City menerusi perbezaan jaringan ketika ini.

“Secara psikologi, kita akur berada di tangga kedua tetapi sai­ngan liga masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku. Pen­ting buat pasukan untuk memberi tumpuan penuh kerana kita perlu kembali mendapatkan kemenangan segera,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI