fbpx

[VIDEO] Lelaki berparang samun penyelia di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN samun di tepi Jalan Mokhtar, Kapar, Klang, Selangor.

KLANG – Seorang penyelia pasar raya mini menempuh detik mendebarkan apabila disamun lelaki berparang dan berpelitup muka yang menaiki sebuah kereta di Jalan Mokhtar, Kapar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika wanita berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan sedang menuju ke keretanya di parkir tepi jalan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian yang tular di media sosial itu pukul 9.23 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menaiki kereta Honda City berwarna perak.

“Ketika kejadian, lelaki berpakaian gelap itu memakai pelitup muka dan bertopi. Suspek menarik beg tangan mangsa lalu melarikan diri dengan keretanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan termasuk mempergiatkan usaha mengesan suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Khairolazuan Mohd. Supian di talian 0111-6937331 atau balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI