fbpx

Kamal, ‘strawberry’ dan ‘pineapple’ buat calon SPM gelabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perkataan Kamal, ‘strawberry’ dan ‘pineapple’ menjadi tular dalam Twitter sejak semalam yang dikatakan menjadi topik Ujian Mendengar Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berlangsung semalam.

Rata-rata calon berkongsi pengalaman mereka keliru berikutan audio didengari dikatakan terlalu laju.

Ada juga pelajar yang menjawab nama buahan-buahan lain seperti ‘apple’ dan ‘banana’ kerana audio tersebut yang dikatakan tidak jelas.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata pelajar berkongsi perkara tersebut dan membandingkan dengan ujian mendengar bahasa Melayu yang dikatakan lebih mudah.

“Baru hendak gembira menjawab ujian mendengar bahasa Melayu kerana mudah, tetapi ujian mendengar ujian bahasa Inggeris terus menangis,” ciap Najwa.

“Ujian mendengar bahasa Inggeris laju betul, macam kereta api. Kesian budak (calon) terpinga-pinga hendak jawab. Audio bahasa Melayu okey, satu-satu (sebutir-sebutir) dia cakap,” luah Husna.

“Semalam tidak dengar apa-apa dengan dewan bergema. Lain sungguh dengan ujian mendengar bahasa Melayu sebab boleh dengar kerana lambat,” ciap pelajar yang lain pula.

Peperiksaan bertulis SPM 2022 melibatkan 403,637 akan bermula dari 20 Februari hingga 15 Mac depan manakala ujian bertutur bahasa Melayu telah diadakan pada 7 Februari dan 9 Februari lalu.

Ujian bertutur bahasa Inggeris pula telah diadakan pada 13 Februaru hingga 15 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI