fbpx

Hukum berzikir sambil menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARUS berzikir sambil menari selagi ia tidak diselangi dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. – GAMBAR HIASAN

Apakah hukum berzikir sambil menari kerana ada sebahagian pengamal tarekat berzikir sambil menari dalam bentuk formasi yang menggambarkan atau menerangkan sesuatu maksud tertentu dalam lafaz zikir kepada Allah dan kebanyakan amalan dilakukan di negara Asia Barat.

Jawapan:
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau: “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau body language beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia- sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Ali-Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Ketika berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Menerusi riwayat mengenai tindakan Jaafar bin Abi Talib r.a itulah yang dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarekat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Bahkan pernah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah Al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkari beliau.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab: “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.” Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah Ali-Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, harus berzikir sambil menari selagi ia tidak diselangi dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI