fbpx

Ahli Parlimen PN sumbang RM60,000 kepada Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal (tengah) dan Ahli Parlimen PN Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Turkiye di Malaysia, Emir Salim hari ini.

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memberi sumbangan peribadi terkumpul sebanyak RM60,000 kepada mangsa bencana di Turkiye.

Ketua Portfolio Antarabangsa PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sumbangan itu telah disampaikan kepada wakil kedutaan Turkiye di Malaysia.

“Saya bersama beberapa Ahli-Ahli Parlimen PN mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel.

“Mewakili Ketua Pembangkang, kami sampaikan ucapan takziah serta rasa simpati yang mendalam kepada mangsa bencana di Turkiye,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata hubungan erat antara rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dengan Turkiye sejak sebelum terbentu Persekutuan Tanah Melayu akan terus diperkukuhkan atas landasan persaudaraan sesama Islam dan kemanusiaan.

Menurut beliau, Emir Salim turut berkongsi fakta sejarah yang dirakam dalam surat-menyurat antara kerajaan Johor dan Utumaniyyah yang tersimpan di Arkib Sejarah Istanbul berhubung bantuan dan sokongan penduduk Muar yang disampaikan sewaktu Perang Balkan pada awal 1900.

Kata beliau, perbincangan isu semasa antara berhubung geopolitik serta hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye turut berlaku.

“Malaysia dan Turkiye telah menjalinkan kerjasama erat dalam bidang ekonomi, pendidikan, sekuriti makanan, aeroangkasa dan industri pertahanan. Ia wajar diteruskan dan digandakan demi kebaikan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI