fbpx

Liga Europa: Juventus sedia bangkit di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS memberi fokus untuk mara sejauh mungkin di Liga Europa selepas peluang mereka ke Liga Juara-Juara musim depan dilihat tipis. – FB JUVENTUS

TURIN – Biarpun berdepan masalah ketumpulan jentera serangan, ia tidak mematahkan semangat Juventus untuk tampil lebih cemerlang di pentas Liga Europa menentang Nantes di, awal pagi esok.

Selepas hanya mampu menang 1-0 ke atas Fiorentina, Isnin lalu, pengendali Bianconeri, Massimiliano Allegri kekal optimis pasukannya mampu mempamer kebangkitan di pentas Eropah.

“Buat masa sekarang situasi­nya agak sukar untuk menetapkan objektif, namun kami mahu serlahkan kebangkitan dan alihkan tumpuan kepada perlawanan Liga Europa. Kami perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekarang.

“Dengan cara itu, kami akan bertambah baik dan miliki inspirasi untuk pergi lebih jauh. Penyokong kami juga adalah kelompok peminat yang cukup hebat ketika beri sokongan kepada pasukan,” katanya.

Sebelum ini, Juventus dihimpit isu penipuan hingga menyaksikan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) bertindak memotong 15 mata selepas mendakwa kelab itu memalsukan akaun perpindahan pemain bagi me­ningkatkan kewangan kelab.

Tindakan itu pastinya memberi ancaman besar kepada Juventus untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan memandangkan kelab itu kini sekadar menghuni tangga ke-10 Serie A dengan hanya mengumpul 29 mata.

“Kami memiliki pemain yang kembali pada tahap kecergasan terbaik dan sekarang kami perlu berbincang untuk cari jalan keluar daripada situasi ini. Pasukan masih memiliki semangat dan sudah pasti kami akan cuba lakukan sehabis baik di Piala Itali dan Liga Europa.

“Fokus kami lebih tertumpu kepada apa yang kami mampu lakukan dalam padang. Untuk saingan Liga Europa, sudah pasti kami tidak sabar untuk memenangi pertandingan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI