fbpx

Dilanggar mati sebab rakan, dua suspek diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Philip Anthony (kiri) dan Sundar.

KLANG – Malang bagi seorang penghantar barangan makmal apabila dilanggar sampai mati akibat perselisihan faham dilakukan rakannya dalam sebuah kafe di Bandar Botanik di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 32 tahun telah dilanggar secara sengaja dan diseret sejauh 40 meter oleh sebuah kereta jenis BMW dipandu seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perkara itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menyatakan seorang lelaki telah dibawa ke bahagian kecemasan hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dilanggar sebuah kenderaan.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat luka sebesar lima sentimer di sebelah kanan belakang sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak.

“Selain itu, terdapat juga luka di bahagian lain termasuk lengan kiri, ibu jari kanan dan tulang rusuk kiri. Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kecederaan akibat kenderaan bergerak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata beliau, susulan itu siasatan yang dijalankan mendapati mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis BMW serta diseret sejauh 40 meter sebelum suspek melarikan diri.

Hoong Fong menambah, punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham apabila rakan suspek telah ditampar kawan mangsa semasa berada di sebuah kafe di bandar botanik.

“Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan telah menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

“Polis juga telah mengenal pasti dua suspek yang kini diburu iaitu S. Sundar,33, dan S. Philip Anthony,24. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Justeru, beliau meminta orang orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Syed Robart Syed Mohd Zain. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI