fbpx

Wendy sewa kafe 2 hari sambut hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY

UNTUK menghargai jasa peminat yang selama ini menyokong kariernya, penyanyi Wendy mengadakan sebuah acara khas meraikan peminat untuk sambutan hari lahirnya.

Menjelang hari lahirnya, anggota kumpulan Red Velvet itu menyewa sebuah kafe di Seongsu-dong, Seongdong-gu, Seoul selama dua hari bermula 12 Februari.

Kafe tersebut disewa untuk menyambut hari jadinya dan didekorasi sendiri Wendy menggunakan gambar-gambar yang tidak pernah dipamerkan di mana-mana platform media selama ini.

Pada acara tersebut, peminat boleh mengambil gambar sepuas-puasnya untuk disimpan atau mencipta kandungan peribadi.

Pemilik nama sebenar Shon Seung-wan itu turut menyediakan 100 biji cawan kopi secara percuma buat peminat. Pada cawan tersebut juga, Wendy menyediakan ruangan kosong untuk peminat menuliskan ucapan khas buatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI